Tips Mengurus Diabetes
Ujian glukosa darah berkala
Pemantauan sendiri paras glukosa darah penting bagi pengurusan rancangan rawatan dan mencegah komplikasi diabetes dalam jangka masa panjang. Dapatkan nasihat doktor untuk menentukan kekerapan pemeriksaan paras glukosa darah. Umumnya, kekerapan ujian bergantung kepada jenis diabetes dan rancangan rawatan.
Kawal berat badan dengan pemilihan makanan yang sesuai
Ingat bahawa diabetes tidak dapat diubati tetapi boleh dikawal dengan berkesan. Pengekalan berat badan yang sesuai banyak membantu dalam pengurusan diabetes. Rujuk doktor anda mengenai rancangan menurunkan berat badan. Matlamatnya mempelajari pemakanan seimbang dalam jumlah yang sesuai. Ini termasuklah:
- Perbanyakkan sayur-sayuran dan buah-buahan.
- Pilih makanan gandum penuh dan bukan yang diproses.
- Buang kulit semua jenis daging, contohnya ayam dan daging lembu.
- Minum air dan minuman “diet” tanpa kalori dan bukan soda biasa atau lain-lain minuman dipermanis dengan gula.
Waktu makan tetap
Elakkan melangkau atau melewatkan waktu makan. Melangkau waktu makan boleh mengakibatkan glukosa darah rendah dan menyebabkan pelbagai simptom yang tidak diingini, paling teruk koma diabetic. Makanan sederhana dan kerap lebih baik daripada makanan yang berat.
Terus bergerak
Sentiasa aktif adalah sebahagian daripada gaya hidup sihat untuk semua, dan amat penting bagi penghidap pra-diabetes dan diabetes.
Tetapi senaman tidak semestinya bermaksud melari maraton atau mengangkat berat 100kg. Matlamatnya aktif secara fizikal setiap hari dengan aktiviti yang anda minati, sama ada berkebun, memain tenis atau berjalan dengan rakan-rakan.
Pemeriksaan kaki
Pesakit diabetes harus menjalani pemeriksaan kaki secara komprehensif oleh pakar penjagaan kesihatan sekurang-kurangnya setahun sekali untuk memastikan tiada kerosakan saraf. Hubungi pakar penjagaan kesihatan anda jika anda mendapat luka atau pecah kulit, atau jika kaki anda berubah warna dan bentuk atau terdapat cekam kuku.
Berhenti merokok!
Asap rokok menghasilkan radikal bebas yang tidak diingini kerana pesakit diabetes memang menjana banyak radikal bebas akibat proses glikasi yang mungkin menyebabkan komplikasi kesihatan seperti penyakit mata, penyakit jantung, strok, penyakit vaskular, penyakit buah pinggang, kerosakan saraf, masalah kaki dan sebagainya.
Suplemen pemakanan yang sesuai
Terdapat pelbagai suplemen pemakanan yang memberi manfaat kepada pesakit diabetes seperti kromium, vanadium, asid lipoik alfa, asid lemak Omega-3 dan Mecobalamin. Seperti yang dikatakan tadi, salah satu daripada suplemen pemakanan ini – Mecobalamin – terbukti membina semula saraf rosak, komplikasi paling biasa yang dikaitkan dengan paras glukosa darah tinggi. Dapatkan nasihat pakar penjagaan kesihatan untuk mengetahui lebih lanjut tentang pengurusan diabetes dan lain-lain masalah kesihatan.
TERBUKTI BERKESAN UNTUK KEROSAKAN SARAF AKIBAT DIABETES!
- MELINDUNGI daripada Kerosakan Saraf
- MENCEGAH Keradangan Saraf
- MEMBAIKI & MENYEMBUHKAN Saraf yang Rosak
- MENJANA SEMULA Saraf yang Baru dan Sihat
MAL 06071119X
Disyorkan Untuk Pengguna Live-well MECOMIN
MINYAK IKAN OMEGA-3 EPA & DHA KEKUATAN TINGGI UNTUK PENGGUNA Live-well MECOMIN
- Kekuatan dua kali ganda dengan lebih EPA & DHA (sehingga 660 mg Omega-3 dalam setiap gel lembut)
- Disuling secara molekul supaya bebas dan selamat daripada toksin (plumbum, merkuri, dioksin, PCB)
- Membantu membina semula dan memelihara sel tubuh serta menyokong sistem pertahanan semula jadi badan
- Melindungi tubuh supaya kekal muda bertenaga!
Ini adalah iklan ubat
KKLIU 0607/2019