fbpx

Tanda-tanda & Simptom-simptom Diabetes

Pengesan dan rawatan awal masalah gula darah tinggi penting agar kerosakan saraf dan komplikasinya seperti kekebasan, berdenyut-denyut, rasa hangat dan kehilangan deria rasa boleh dicegah atau diperlambatkan. Tahukah anda diabetes itu bersifat “senyap”? Ini bermaksud ramai yang tidak sedar mereka menghidap diabetes kerana simptomnya begitu ringan. Pengesanan dan rawatan awal diabetes boleh mencegah atau melambatkan komplikasi diabetes seperti kerosakan saraf. Rujuk pakar kesihatan sekiranya anda mengalami tanda-tanda dan simptom-simptom berikut:

  • Kencing dengan kerap (poliuria)

Apabila anda menghidap diabetes, kepekatan gula dalam darah meningkat dan melebihi paras normal. Gula berlebihan ini dikumuhkan ke dalam air kencing anda bersama-sama air yang dikeluarkan dari tisu-tisu anda. Ini menyebabkan anda kencing dengan kerap.

  • Rasa sangat dahaga (polidipsia)

Apabila jumlah air kencing yang dikumuhkan meningkat, tubuh anda akan mula berasa ternyahhidrat, menyebabkan anda rasa dahaga dan perlu minum air dengan banyak.

  • Keletihan melampau (kepenatan)

Berasa penat dan rasa sukar untuk melakukan kerja-kerja harian yang mudah ialah simptom-simptom yang menunjukkan keadaan diabetes telah bermula. Dalam tubuh seseorang yang sihat, insulin akan membenarkan glukosa diserap ke dalam sel untuk digunakan sebagai penjana tenaga. Namun begitu, apabila insulin tidak mencukupi atau tubuh tidak sensitif terhadap insulin, glukosa tidak dapat memasuki sel-sel tubuh anda dan digunakan untuk menghasilkan tenaga. Di samping itu, jika anda kerap bangun untuk kencing pada waktu malam, ini akan mengganggu tidur anda dan anda mungkin akan berasa kepenatan kerana kurang tidur.

  • Kehilangan berat badan yang tidak dapat dijelaskan walaupun anda makan lebih (Diabetes Jenis 1)

Apabila sejumlah besar gula dikumuhkan ke dalam air kencing, kandungan kalori dalam gula juga turut hilang. Kesannya adalah sama seperti anda mengambil makanan kurang kalori. Pada masa yang sama, jika anda menghidapi diabetes, glukosa tidak dapat diserap ke dalam sel untuk digunakan sebagai penjana tenaga. Tubuh anda akan mula membakar lemak dan otot untuk menjana tenaga. Anda akan menyedari bahawa anda sedang kehilangan berat badan walaupun anda mungkin makan lebih daripada biasa. Kehilangan berat badan adalah perkara biasa berlaku dalam keadaan Diabetes Jenis 1 tetapi kurang berlaku kepada penghidap Diabetes Jenis 2.

  • Penglihatan kabur

Paras gula dalam darah yang tinggi akan mengambil air dari kanta di dalam mata anda dan ini menjejaskan keupayaan anda untuk fokus. Ini menyebabkan kehilangan penglihatan yang tajam dan ketidakupayaan untuk melihat sesuatu yang kecil dan halus.

  • Luka atau lebam yang lambat sembuh

Paras gula dalam darah yang tinggi merosakkan sebahagian daripada sistem imun tubuh anda yang diperlukan untuk melawan jangkitan dan menyembuhkan luka. Luka mungkin akan menjadi teruk apabila bekalan darah tidak mencukupi dan berlaku kerosakan saraf. Luka yang tidak sembuh mudah terkena jangkitan dan boleh menyebabkan ulser atau kudis yang lama-kelamaan membawa kepada pemotongan anggota.

  •  Rasa berdenyut-denyut, sakit atau kebas pada tangan atau kaki

Gula berlebihan dalam darah anda boleh membawa kepada kerosakan saraf. Simptom-simptom biasa kerosakan saraf termasuk kekebasan, rasa berdenyut-denyut, rasa panas terbakar dan hilang deria rasa pada lengan, tangan dan kaki.

Jika anda mengalami tanda-tanda dan simptom-simptom diabetes, anda dinasihati merujuk pakar penjagaan kesihatan bagi mencegah atau melambatkan komplikasi diabetes seperti ulser kaki, penyakit mata, penyakit jantung, penyakit buah pinggang dan kerosakan saraf.

TERBUKTI BERKESAN UNTUK KEROSAKAN SARAF AKIBAT DIABETES!

  • MELINDUNGI daripada Kerosakan Saraf
  • MENCEGAH Keradangan Saraf
  • MEMBAIKI & MENYEMBUHKAN Saraf yang Rosak
  • MENJANA SEMULA Saraf yang Baru dan Sihat

MAL 06071119X

Disyorkan Untuk Pengguna Live-well MECOMIN

MINYAK IKAN OMEGA-3 EPA & DHA KEKUATAN TINGGI UNTUK PENGGUNA Live-well MECOMIN

  • Kekuatan dua kali ganda dengan lebih EPA & DHA (sehingga 660 mg Omega-3 dalam setiap gel lembut)
  • Disuling secara molekul supaya bebas dan selamat daripada toksin (plumbum, merkuri, dioksin, PCB)
  • Membantu membina semula dan memelihara sel tubuh serta menyokong sistem pertahanan semula jadi badan
  • Melindungi tubuh supaya kekal muda bertenaga!
OMEG3

Ini adalah iklan ubat

KKLIU 0607/2019