fbpx

Pencegahan Kerosakan Saraf Akibat Diabetes & Komplikasinya

Penghidap diabetes boleh mengalami kerosakan saraf pada bila-bila masa, namun risiko bertambah apabila wujudnya faktor-faktor seperti usia dan jangka masa menghidapi diabetes yang lebih lama. Oleh itu, penghidap diabetes harus meminimakan risiko mengalami kerosakan saraf akibat diabetes dan komplikasinya. Sebahagian daripada langkah-langkah pencegahan yang penting termasuklah:

  • Sentiasa mengawasi paras gula dalam darah
    Strategi nombor satu dalam mencegahkan dan melambatkan kemajuan kerosakan saraf akibat diabetes ialah pengawalan glisemik yang ketat dan stabil. Pemantauan sendiri paras glukosa dalam darah adalah sebahagian yang penting dalam pengurusan kerosakan saraf diabetik dan juga pengurusan diabetes. Pengawalan glukosa dalam darah yang baik juga boleh membantu mencegah atau melewatkan komplikasi diabetes selanjutnya. Melakukan ini secara konsisten amat penting kerana paras gula dalam darah yang turun naik telah terbukti akan memburukkan dan/ atau menghasilkan kesakitan neuropati. Doktor anda akan menentukan julat sasaran terbaik untuk anda berdasarkan beberapa faktor seperti umur, berapa lama anda telah menghidap diabetes dan keadaan kesihatan anda secara keseluruhan dan juga masalah kesihatan yang lain jika ada. Dapatkan nasihat daripada doktor anda tentang berapa kerap anda harus memeriksa paras glukosa dalam darah anda. Secara umumnya, kekerapan ujian bergantung kepada jenis diabetes dan pelan rawatan.
  • Penjagaan kaki yang betul 
    Penjagaan kaki setiap hari adalah penting untuk mencegah komplikasi akibat kerosakan saraf diabetik. Anda harus memeriksa kaki anda setiap hari untuk melihat jika terdapat kulit pecah, fisur, pembentukan belulang tapak kaki dan sebarang tanda jangkitan bakteria atau kulat yang memerlukan perhatian perubatan segera. Periksa kaki anda dengan mata kasar dan gunakan cermin untuk memeriksa tapak kaki anda.
    Memakai kasut yang muat dengan elok amat penting untuk membantu mencegah kesakitan dan trauma kaki. Kasut baharu ialah penyebab biasa pengulseran kaki. Anda harus elakkan sebarang sumber yang berpotensi menyebabkan trauma seperti berjalan berkaki ayam atau memotong kuku dengan cara yang salah.
  • Pemeriksaan kaki berjadual
    Persatuan Diabetes Amerika mencadangkan satu pemeriksaan kaki tahunan oleh pakar penjagaan kesihatan untuk semua pesakit diabetes bagi memeriksa jika berlaku kerosakan saraf. Pemeriksaan kaki tahunan akan membantu mencegah komplikasi kaki akibat diabetes. Hubungi pakar penjagaan kesihatan anda jika anda mendapat luka atau pecah kulit, atau jika kaki anda berubah warna dan bentuk atau terdapat cekam kuku.
Foot in Spa
  • Kekal aktif secara fizikal setiap hari
    Untuk mengelakkan berlaku kecederaan selanjutnya, senaman berimpak rendah seperti berenang, yoga, tai chi dan sebagainya adalah disyorkan untuk penghidap diabetes yang mengalami kerosakan saraf dan deria rasa yang berkurangan pada kaki. Senaman ini juga boleh membantu menambah baik keseimbangan badan.
yoga

TERBUKTI BERKESAN UNTUK KEROSAKAN SARAF AKIBAT DIABETES!

  • MELINDUNGI daripada Kerosakan Saraf
  • MENCEGAH Keradangan Saraf
  • MEMBAIKI & MENYEMBUHKAN Saraf yang Rosak
  • MENJANA SEMULA Saraf yang Baru dan Sihat

MAL 06071119X

RUMUSAN MULTIVITAMIN & MINERAL UNTUK
PENGGUNA Live-well MECOMIN

  • Dilengkapi dengan 19 vitamin, mineral dan antioksidan penting, termasuk Asid Lipoik Alfa, Kromium, Biotin dan Vanadium
  • Menguatkan badan
  • Melindungi sel tubuh, tisu dan organ daripada kerosakan akibat radikal bebas yang berbahaya
  • Membantu menukarkan glukosa darah kepada tenaga untuk meningkatkan kecergasan
png-1

Ini iklan produk supplemen

KKLIU 0607/2019