Diagnosis Kerosakan Saraf Akibat Diabetes
Neuropati diabetes biasanya didiagnos berdasarkan simptom-simptom, sejarah perubatan dan pemeriksaan fizikal. Semasa pemeriksaan, doktor akan memeriksa tekanan darah, kadar degupan jantung, kekuatan dan ton otot, refleksi tendon dan sensitiviti terhadap perubahan kedudukan, getaran, suhu atau sentuhan lembut.
Pemeriksaan Kaki
Persatuan Diabetes Amerika mencadangkan semua penghidap diabetes menjalani pemeriksaan kaki yang menyeluruh – sama ada oleh seorang doktor atau pakar kaki (podiatrist) – sekurang-kurangnya sekali setahun. Bagi mereka yang telah pun mengalami masalah kaki, mereka hendaklah menjalani pemeriksaan kaki dengan lebih kerap. Di samping itu, doktor patut memeriksa kaki anda setiap kali anda ke klinik untuk melihat jika ada sebarang kecederaan, kudis, lepuhan, kulit pecah, belulang atau lain-lain masalah.
Pemeriksaan kaki yang menyeluruh akan melibatkan pemeriksaan kulit kaki, otot dan tulang kaki serta pengaliran darah anda.
Doktor anda juga mungkin akan menjalankan beberapa ujian termasuk:
- Ujian Filamen
Ini ialah ujian sensitiviti terhadap sentuhan dengan menyentuh kaki anda menggunakan serat nilon lembut yang dipanggil sebagai monofilamen. Serat ini kelihatan seperti tali pancing nilon yang keras atau bulu kejur pada berus rambut. - Kajian konduksi saraf
Ujian ini mengukur berapa cepat saraf dalam lengan dan kaki anda mengalirkan isyarat elektrik. - Elektromiografi (EMG)
Biasanya dilakukan bersama-sama dengan kajian konduksi saraf. Elektromiografi mengukur aktiviti elektrik dalam otot. Otot biasanya menerima isyarat elektrik secara berterusan dari saraf yang sihat. - Ujian sensori kuantitatif
Ujian yang tidak invasif dan tidak menyakitkan ini digunakan untuk menilai bagaimana saraf-saraf anda bertindak balas terhadap sensasi getaran dan perubahan dalam suhu.
Sekiranya anda didiagnos dengan kerosakan saraf diabetik, anda perlu menjalani peperiksaan kaki tahunan yang menyeluruh oleh seorang profesional penjagaan kesihatan untuk menguruskan dan melambatkan perkembangan kerosakan saraf. Bagi mereka yang mempunyai diabetes tetapi belum mengalami tanda-tanda kerosakan saraf, anda juga dinasihatkan supaya mendapat pemeriksaan kaki. Pemeriksaan kaki tahunan akan membantu mencegah komplikasi kaki yang berkaitan dengan diabetes. Hubungi pakar penjagaan kesihatan anda jika anda mendapat luka atau pecah kulit, atau jika kaki anda berubah warna dan bentuk atau terdapat cekam kuku.
TERBUKTI BERKESAN UNTUK KEROSAKAN SARAF AKIBAT DIABETES!
- MELINDUNGI daripada Kerosakan Saraf
- MENCEGAH Keradangan Saraf
- MEMBAIKI & MENYEMBUHKAN Saraf yang Rosak
- MENJANA SEMULA Saraf yang Baru dan Sihat
MAL 06071119X
Disyorkan Untuk
Pengguna Live-well MECOMIN
MINYAK IKAN OMEGA-3 EPA & DHA KEKUATAN TINGGI UNTUK PENGGUNA Live-well MECOMIN
- Kekuatan tinggi EPA & DHA (sehingga 720 mg Omega-3 dalam setiap gel lembut)
- Diproses melalui penyulingan molekul untuk ketulenan dan kesegaran
- EPA & DHA membantu kesihatan jantung, kesihatan otak dan tahap trigliserida yang sihat
Ini iklan produk supplemen
KKLIU 0607/2019