Artikel Kesihatan
Live-well adalah sebuah syarikat penjagaan kesihatan terkemuka dan kami juga melibatkan diri secara aktif dalam penyebaran maklumat terkini kepada masyarakat. Artikel kami diterbitkan dalam akhbar-akhbar terkemuka di Malaysia.
Live-well adalah sebuah syarikat penjagaan kesihatan terkemuka dan kami juga melibatkan diri secara aktif dalam penyebaran maklumat terkini kepada masyarakat. Artikel kami diterbitkan dalam akhbar-akhbar terkemuka di Malaysia.
DIABETES ialah penyakit kronik yang progresif dan pengurusan serta kawalan yang berjaya memerlukan penjagaan kesihatan sepanjang hayat.
Sokongan keluarga juga terbukti dapat memberi impak positif ke atas keadaan penghidap diabetes dan kesejahteraan psikologi, termasuk kawalan glisemik yang lebih baik melalui penambahbaikan distres diabetes.
Justeru, Hari Diabetes Sedunia disambut setiap tahun pada 14 November. Diasaskan Persekutuan Diabetes Antarabangsa (IDF) dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 1991, ia menjadi Hari PBB rasmi pada 2006.
Tarikh itu juga bersempena hari lahir Frederick Banting, seorang doktor dan saintis Kanada yang berkongsi Hadiah Nobel 1923 dalam bidang Fisiologi atau Perubatan (dengan Charles Best) kerana peranan beliau dalam penemuan insulin dan potensi penggunaannya dalam rawatan diabetes.
Bertemakan Keluarga dan Diabetes, ia sangat bertepatan bagi menggalakkan keluarga menyokong ahli yang menghidap diabetes, diagnosis, penjagaan dan pencegahannya.
Pemilik restoran, Norden Ali, 62, berkata, menjalankan perniagaan memberi banyak tekanan kepadanya dan kini dia memiliki indeks jisim tubuh (BMI) 31, sekali gus dianggap obes.
Menurutnya, selepas didiagnosis dengan diabetes, dia mengamalkan pemakanan sihat bagi mengurus paras gula darah.
“Isteri juga menggalakkan saya makan lebih banyak sayuran dan bersenam secara tetap selain mengambil suplemen multivitamin dan nutrien yang penting untuk kesihatan,” katanya.
Bagi Anna Ho, 56, dia mempunyai sejarah keluarga diabetes serta mengalami tekanan darah dan kolesterol tinggi sebelum didiagnosis diabetes.
“Kini, saya mengekalkan masa makan yang tetap untuk menghalang naik turun paras gula darah, sekali gus mengoptimumkan kesan ubat dan mengawal atur berat serta selera.
“Keluarga sangat memberi sokongan dan menemani semasa berjumpa doktor selain mengamalkan pemakanan sihat di rumah. Sokongan dan sikap memahami mereka sangat membantu saya mengurangkan beban psikologi penyakit saya ini,” katanya.
Mecobalamin adalah nutrien yang digunakan sebagai makanan tambahan kepada pesakit diabetes dan neuropati lain.
Juga dikenali sebagai metilkobalamin, ia ditemui saintis Jepun dan dapat membaiki serta menghasilkan semula saraf yang rosak, melindungi daripada penyakit neurologi dan penuaan, termasuk neuropati periferal.
Pesakit diabetes dan pradiabetes dinasihatkan untuk mengambil suplemen mecobalamin kerana mereka paling cenderung untuk mengalami kerosakan saraf diabetes yang meningkat dengan umur dan tempoh diabetes.
Ambil satu kapsul 500mcg tiga kali setiap hari untuk membantu menggalakkan saraf sihat dan melindungi daripada proses degenerasi sistem saraf.